Suka ?

Tuesday, December 11, 2012

Kopi dan ...




Perkenalkan Ahmad- Seorang lelaki yang cukup berjaya,hebat,gaya,mutu,keunggulan,hensem pula tu. Tapi langit tidak selalu cerah hidup ahmad ibarat tidak keruan,masalah demi masalah. Kata orang dia ni sudah ditimpa badi orang mati, ada juga yang kata dia ni bela langsuir tapi langsuir dia dah lari. Mula-mula anak dia sakit. Bawa ke doktor,"Anak awak ni takda sakit" Ahmad " Tapi doktor,dia pucat,lesu,dan batuk berdarah" Doktor " Bawa saja anak awak balik,saya akan bagi panadol dan ubat batuk,sebab pihak kami kesan memang anak awak tiada penyakit" Ahmad " tapi..." . Ahmad pulang ke rumah.Dalam perjalanan teringat pula dia akan Gerai Wak Adol,anaknya amat menggemari Mee Janda kat warung tu.Dia mengambil keputusan untuk berhenti;turut bersama anaknya-Anisah.

Tiba di warung."Kak Peah,macam biasa kopi,mee janda 2" 
Kak Peah "Eh ,Mad! Lama tak nampak batang hidung kau ? Ni Anisah kan? Dah besar dia sekarang. Tapi kenapa dia ...." Belum sempat Kak Peah atau nama glamernya di Kampung Solok Temberau ini iaitu Peah Joget dek kerana waktu mudanya dulu,selalu benar mengajak Wak Adol[suaminya] ke kelab malam menghabiskan kata-kata sudah disiku tangannya oleh Wak Adol . Wak Adol " Mad, aku bukan nak cakap apa,tapi kau ingat tak sebelum kau mandikan mayat Pak Ali tu kau tak sengaja terlanggar mayat orang tua tu ?"  
Ahmad "betul ,Wak . tapi saya tak sengaja . Kenapa Wak?"  
Wak "Mad,orang tua-tua dulu kata,mayat akan marah kalau ada yang sengaja mencederakan jasadnya!Tapi dia takkan kacau kita,roh mayat tu akan kacau anak atau isteri kita, mula mula hilang selera,mual-mual,pengsan, dan bila..........." 

********************************************************************

7 Langkah sudah berlalu,
Talkin sudah bertalu,
Jasad sudah rapi didalam itu,
Tinggallah kenangan kau dan aku .

Lagu Pergi Selamanya nyanyian Azim Muhaimi diputar untuk kesejuta kali . Ahmad dibuai mimpi dan kenangan silih berganti. Anisah anaknya satu-satunya telah 5 bulan meninggalkan Ahmad . Kini yang tinggal hanya dia dan isteri . Jika dia bukan ketua lelaki . Mungkin sudah layu ,longlai dia situ, mungkin juga dia sudah gila .Namun baginya Al-Khaliq sentiasa ada . Al- Rahman tuhannya akan sentiasa memayunginya . Kehidupannya bersama isteri tercinta masih panjang. Tetapi buat masa ni,belum terfikir dia untuk ada anak-apatahlagi menggantikan kekasih hatinya;Anisah.

[..Sebelum terlupa . Ini Rosma . Isteri pertama aku (?), dia ibu kepada Anisah dan dia juga bidadari ku. Perkenalan kami sejak sekolah rendah tidak kusangka akan membawa kepada bibit-bibit kebahagian hingga ke Mahligai Rumahtangga . Susah senang semuanya sudah kami lalui . Aku amat mempercayainya. Jika dia membaca sekarang ni "Rosma, walaupun awak telah........ saya tetap akan sayang awak selamanya,awaklah bidadari,awaklah penyejuk hati,awaklah .... 
-Yang ikhlas Ahmad Jailani- ...]

***********************************************************************

Hari ni dah genap 5 bulan Anisah pergi .Anak .. tunggu abi.Jadi bidadari tau nanti. Jangan nakal-nakal kat sana.Wahai Anak Al Fatihah sudah ku beri, jangan kau lupakan aku nanti ......
Aku rasa aku dah dapat terima pemergian Anisah . Biarpon tawa ku ,kenangan ku dengan anisah tidak lama namun dia tetap akan menjadi mimpi dan impian ku ;untuk bersama dengannya lagi .Tadi ada pesanan mesej pendek dari Rosma, katanya dia ada hal penting nak diberitahu . Gila ? Gila ! Selama 5 bulan sejak pemergian Anisah inilah kali pertama telefonku ada mesej dari penghantar yang cukup istimewa 'Rosma Zaujahku' . Hubungan aku dengan rosma tidak pernah aku rasakan baik . Dingin,suram. Bila aku balik kerja dia mesti ada di dalam bilik;tidak seperti dulu. 

[...sayang , abang rindu layanan sayang.Abang rindu tawa sayang, abang rindu manja sayang,jangan awak seksa saya macam ni. Jasad awak ada tetapi dimana kasih sayangnya? Rosma.....]

Arghh,sebelum balik aku ingat nak beli bungalah.Ros merah mungkin ? Kata orang 3 kuntum ros merah sama seperti ucapan I Love You . Aku nak berborak dengan dia,aku nak masakkan dia masakan air tangan dia,aku nak kucup pipi gebunya,aku nak berkongsi ceria bersama dia, aku nak buat segala-galanya dengan dia ....

"Assalamualaikum,mah .Awak kat mana tue ?"
Terlihat kelibat Rosma yang sedang menuruni tangga. Manis sungguh pakaiannya malam ni . Aduh ,cantik ! Desis Aku.
"Walaikumussalam,Ahmad ."
Ahmad??? [ belum pernah aku dengar dia panggil Ahmad... mungkin dia cuba bermanja-manja??Aku cukup rindu dengan kau Rosma]
"Yer Rosma Sayang. Saya ada 'suprise' ni"
Aku cuba memeluk pinggangnya,namun pelik mengapa pegangan aku dilepaskan.Muram pula mukanya,Hati ku mula berasa aneh.Apa mungkin dia ingin bergurau dengan ku? Mungkin juga dia rindu dengan ku??
"Ahmad,saya nak cakap sesuatu ni. Saya nak awak lepaskan saya...."
Jantung aku ibarat gugur dari posisinya, hatiku ? Remuk . Patah Seribu ! Ingin sahaja aku rebah. Tapi aku belum mengalah ....
"Sayang ! Kenapa ni sayang . Kenapa? Awak jangan bergurau dengan saya tau.. Nanti saya gigit karang ! Nah ambik bunga ni . Senyum sikit ! " Kataku sambil menghulurkan bunga yang aku beli . 3 Kuntum - I Love You ! 
Dia senyum. Manis sekali tetapi aku dapat mengingat pahit dihujung kuntuman senyumnya.
"Abang... lepaskan mah ... lepaskan.."
Aku meracau ! Yelah . Aku harap madu. Tetapi apa yang aku dapat .... Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata Wak Adol "...roh mayat tu akan kacau anak atau isteri kita, mula mula hilang selera,mual-mual,pengsan, dan bila sampai satu tahap hidup kita akan hancur,rumahtangga kita akan hancur,Hati-hati mad! Ini semua tulah 'badi mayat' "
"Rosma . Awak dengar baik-baik. Saya rasa ini semua sebab badi mayat tue. Ni semua angkara badi Pak Ali !!!Mula-mula Anisah,lepas tu awak.Ini semua kerja Jin Laknahtullah. Nie semua sebab Badi. Jom ikut saya, kita cari bomoh . Kita cari pawang paling hebat . Kita rawat badi ni. Lepas tue kita hidup bahagia. Kita akan ada anak yang banyak,harta....tolonggg rosma tolong saya ...."

***********************************************************************************

[..Ermm ..Oh yer malam tue apa jadi ek? ? Ermm. Talak tiga aku telah jatuhkan ke atas Rosma Zubaidah binti Siddik .
;Bukan aku sayang dia ke? Kenapa aku ceraikan dia ?..]

"Abang,maafkan Rosma .Bukan salah badi anak kita mati . Salah saya bang . Salah saya ! Anisah mati sebab saya. Saya yang pukul dia. Dia alami pendarahan dalaman .Organ dia cedera bang. Semua salah sayang !"
" Awak tipu kan. Tak Kelakar sayang tak kelakar! Doktor sendiri dah kata Anisah tiada penyakit ! Awak tipu. Saya sayang awak Rosma. Awak Bohong !!!"
"Bang,doktor tu saya dah bayar dia..... saya....diri saya ...maruah saya.. saya dah...jua... "

[...Korang mesti nak tau apa jadi kat aku lepas tu??]
Aku kini sudah hilang separuh dari diri aku. Kerja?? Aku dah separuh gila. Siapa lagi nak terima ? Hampir sahaja seorang staf aku nak bunuh sebab cuba mengejek bekas isteri aku . Aku betul-betul sayang dia. Aku dibuang kerja! Isteri ? Bekas isteri. Hari-hari aku akan menangis nasib tak jadi Kassim Selamat !. Aku jadi gila. Gelandangan. Dibenci .Dihina. Aku mengemis....

"Hik hik ... HAHAHAH.. hoho . Nak duit nak duit? Saya nak beli susu anak saya..BAGI SAYA DUIT!!! " Aku ketawa seorang diri. Menagih simpati. Ketika itu, aku sedar aku bukanlah gila betul-betul.Tapi aku rasa bila aku buat macam tu aku bahagia,gembira.Aku lupa kat perempuan jahanam tue. Tapi suatu hari, aku telah berjumpa dengan seorang lelaki,Tua .Lagaknya,tuturnya sopan.Aku cukup terkesima.Layanannya kepada gelandangan seperti aku sangat baik. Bahkan setiap hari Jumaat wajahnya akan sentiasa menemui ku.Hari ni dia telah menyapa aku lagi,diajaknya aku ke gerai.Mengopi katanya. Dia ajak aku berborak.....

"Anak ada masalah ke? " Tanyanya lembut.
"Nak duit . Nak Duit! " Kataku cuba berpura-pura gila
"Nak,jangan nak tipu pakcik.Anak tak gila kan? Istigfar nak . Ingat Allah!"
Aku tersentak. Allah. Sudah lama aku tinggalkan Tuhanku.. Aku lupakan pencipta aku . Ya Allah. Tuhan ampunkan dosaku.Allahurabbi .Aku menangis ! Kuat .Teresak-esak. 
"Pakcik,saya tinggalkan Allah. Saya lupakan Allah .Pakcikkkk..."
"Nak,semua buat dosa.Manusia! Mudah lupa. Mudah buat lupa. Anak ,bertaubat lah bertaubatlah" lembut betul bisiknya....

********************************************************************************

"Assalamualaikum, tuan. Tolong sain kat sini ."
" Walaikumussalam.Baik .Letak situ."
" Tuan,petang ni tuan ada meeting dengan Dato Kamal Arifin,jam 3 petang"
Aku tersenyum sendiri apabila mendengar nama itu -Dato Kamal Arifin. Lelaki inilah yang telah mengubah hidup aku . Dialah lelaki yang telah dihantar tuhan untuk mengubah aku ,Dialah lelaki yang membantu dan menyapa aku ketika aku gila dulu.
Kata-katanya cukup tersemat dalam jiwaku

"Anak nak dengar satu kisah ? Kisahnya seorang pemuda telah berjumpa dengan seorang ulama. Menceritakan masalahnya.Selepas Ulama itu  mendengar masalah tersebut ulama tu pon suruh pemuda tersebut pergi ke dapur dan ambil segenggam kopi.Kemudian letak kopi tersebut dalam cawan kecil ,bancuh dan minum! Dan disoal pemuda tersebut ."Apa rasanya ? " Jawap pemuda tersebut " Pahit!"  
"Bagus! Sekarang pergi ambil lagi segenggam kopi dan bekas yang lebih besar,bancuh seperti tadi dan minum "Kata ulama
Lalu pemuda pon mengikuti kata-kata ulama tersebut.
"Sekarang apa rasanya?"
"Tawar !" Kata pemuda itu lagi.

"Jadi apa kaitannya pakcik ???" Tanya aku penuh kehairanan.
Jawap Pakcik " Bekas itu umpama hati kita ,Jika kecil hati kita maka,segala masalah,kesalahan,khilaf akan terasa sangat perit sama pahit dengan kopi. Tapi bila bekas kita besar iaitu hati yang besar ,nah! segala masalah akan mudah dan tawar sama tawar seperti air kopi dengan bekas besar itu"

[ 11/12/2012 -Kamarul Azim Muhaimi ]

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Awak2 komen jangan tak komen.