persatuanbloggerremaja
Presiden Soekarno ada menyebut, "Berikan aku 10 orang pemuda,akan aku gegarkan dunia."
Soekarno adalah presiden Indonesia yang pertama.Dia merupakan ketua pergerakan kemerdekaan Partai Nasional Indonesia yang diasaskan pada tahun 1927. Selepas dia ditangkap,dia merupakan seorang yang sangat berpengaruh sehingga menjadi seorang presiden sebuah negara yang besar. Terlalu besar sehingga dia menjadi pemimpin yang benar-benar dihormati di Asia.
Dia menggegarkan dunia hanya dengan 10 orang pemuda;atas permintaannya. Tetapi seorang insan kerdil bernama Mufarwa memerlukan 50 orang pemuda dan pemudi untuk menggegarkan dunia persatuan blogger remaja yang pertama di Malaysia ini.
Dengan 50 orang pemuda dan pemudi,maka persatuan ini akan menjadi kukuh,sekurang-kurangnya dengan 50 orang itu,ia meyakinkan lebih ramai untuk menyertai persatuan ini. 50 orang pemuda pemudi ini akan menjawab segala persoalan yang bermain di minda ahli,apakah aktiviti selepas ini.
PBRM adalah hasil pemikiran seorang insan yang mahukan dunia ini dirempuh dan mengaumkan pencerahan yang begitu bermakna bagi dunia. PBRM ingin melahirkan insan yang tidak mondok dan lemas dalam lautan buku teks sekolah dan kerja-kerja rumah. PBRM juga ingin melahirkan insan yang bakatnya akan dihargai tidak kira di mana sahaja bidang yang diceburi. Katakanlah apa sahaja remaja ini berbakat,pasti PBRM akan mencungkilnya dan bakatnya akan diangkat.
Maka,rancangan-rancangan PBRM mempunyai landasan. Ianya bukan angan-angan. Dahulu,orang menafikan panggilan jauh tanpa menggunakan burung utusan. Tetapi kini,segalanya berada di dalam tangan. Begitu juga dengan sebuah impian. Apa yang diharapkan adalah impian ini mempunyai kejayaan. Untuk berjaya umat perlu disatukan. Untuk menyatukan umat,maka lahirlah sebuah persatuan.
Capaian 50 orang ini untuk menguatkan organisasi ini. Seperti gigi manusia,ia memerlukan masa untuk tumbuh sehingga menjadi teman sehingga dewasa. Namun,ada satu-satu tahap,gigi manusia ini ada yang patah dan meninggalkan barisan giginya. Ini perkara lumrah. Dalam setiap organisasi di dunia ini,begitulah analoginya. Gigi dan organisasi tak jauh beza.Maka,untuk benar-benar mengaktifkan persatuan ini, saya menyasarkan 50 orang ahli PBRM,kemudian,barulah saya akan membuat aktiviti-aktiviti yang telah dijanjikan.
Persatuan ini akan bangkit suatu hari nanti. Dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti perkhemahan, kursus, pertandingan, dan segalanya yang anda pernah mendengarnya daripada persatuan lain. Jangan merasakan bahawa persatuan ini hanyalah sebuah picisan,dibina oleh seorang lelaki stranger yang inginkan nama dan kemahsyuran. Tetapi ingatlah,jika dapat dipancarkan setiap perasaan,maka kalian akan melihat bahawa di dalam hati ini,mempunyai perasaan inginkan kejayaan dalam mencapai misi dan visi.
Berikan aku 50 orang pemuda dan pemudi. Akan aku gegarkan alam maya ini.
Persatuan Blogger Remaja Malaysia
Persatuan Blogger Remaja Malaysia adalah sebuah persatuan alam maya yang terbuka untuk semua blogger rakyat Malaysia antara umur 10-20 tahun. Persatuan ini ditubuhkan oleh seorang blogger remaja iaitu Mufarwa yang berusaha untuk menubuhkan persatuan ini.
Penubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk:
1)Mengumpulkan semua blogger remaja.
2)Mengadakan aktiviti antara ahli. Aktiviti akan dirancang mengikut keperluan dan musim.
3)Membuat pertandingan persatuan seperti pertandingan puisi,cerpen,cerita agama,video pendek dan banner.
4)Memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada blogger muda. Kepada semua blogger yang baru membuat blog, ahli persatuan ini sedia membantu untuk apa-apa pertanyaan.
5)Memberi anugerah kecemerlangan kepada blogger pada setiap 6 bulan.
6)Bertukar-tukar pandangan serta berkenalan sesama blogger remaja di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Bagaimana Cara Mendaftar?
Pendaftaran persatuan adalah percuma.Syarat-syarat untuk mendaftar adalah:1) Warganegara Malaysia.
2)Mempunyai blog.
3) Berumur antara 10 tahun-20 tahun.
4)Mengisi biodata lengkap tanpa berselindung
Pendaftaran anda akan dibatalkan sekiranya:
1) Biodata yang diisi tidak lengkap,mempunyai unsur penipuan dan tidak serius.
2) Berumur 21 tahun dan ke atas.
3)Blog yang lucah dan tidak senonoh.
4)Tidak mengupdate blog selama 5 bulan berturut-turut
5)Mendelete blog tanpa diberitahu.
Cara-cara mendaftar:
1) Menulis butir-butir di Microsoft Word dengan tulisan times new roman saiz 12 ATAU terus menulis di E-Mel:
-Nama sebenar
-Alamat blog
-Umur
-Tarikh Lahir
-Alamat rumah
-Nombor telefon yang boleh dihubungi
-E-mel yang sering digunakan
-Nama atau e-mel di Facebook (sekiranya ada)
-Sekolah,Universiti atau pusat pengajian lain sekarang
2)Setelah menulis butir-butir ini,sila send kepada persatuanbloggerremaja@yahoo.com
3) Sekiranya ada apa-apa kemusykilan dan pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan penubuh persatuan ini, Mufarwa di http://akumelayuislam.blogspot.com/ atau di emelnya farid_kebab@yahoo.com atau di akaun facebooknya search: akumelayuislam@yahoo.com
4) Pendaftaran anda akan diproses dan dibalas dan setiap penyertaan akan disiarkan.Setiap butiran anda tidak akan disiarkan. Kami berusaha menjaga setiap privasi biodata anda supaya anda lebih tenang untuk menyertai blog ini.
5) Pihak persatuan mengalu-alukan penyertaan semua blogger remaja di Malaysia untuk kita bersatu dalam dunia IT.
-oke..aku join persatuan ni sebab aku rasa perstauan nie tempat yang paling sesuai untuk aku menegenali blogger lain..lagipun banayak faedah masuk blog ni...lagi2 blogger baru mcam..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Awak2 komen jangan tak komen.