Suka ?

Saturday, January 22, 2011

Novel:Lestari Bukit Menghijau (Part 1)

assalamualaikum.....

       ok hari ni mR azim nak mengajar!!!ok murid-murid sudah bersedia untuk men'copy ang meng'epaste apa yang akan cikgu azim ajar hari.Tulis tajuk LESTARI BUKIT MENGHIJAU,apa???Lestari Bukit Menghijau cikgu...
ok2..actually aku buat benda ni sebab nak tolong korang semua..cepat aku bgi masa 2 minit sila berterima kasih ..cepat!!lagi pon benda nie kalau kat masjid tanah belum ade buku lagi...ni pon aku dpat dri cikgu..dah byk aku merapik ni jum let's start out lesson~
(sumber cik google)

1.Sinopsis-Lestari Bukit Menghijau(sinopsis ni depends pada korang nak tiru bulat2 ke tak)
  
Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan kecurigaan penduduk kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh dengan hutan belantara. Bukit tersebut dianggap tidak berfaedah oleh penduduk kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam sekitar sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak mesra, dia tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan diri dan tidak mesra.

Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3 di kampung tersebut berjaya mendekati lelaki misteri ini dalam usaha menjayakan projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telah diilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai yang proaktif dalam menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya telah ditugaskan untuk mencari beberapa jenis burung dan ikan untuk menghiasi taman sekolah mereka. Projek sekolah lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelajaran yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh penduduk kampung. Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepada usaha gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga malang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.

Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat. Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal dunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpul sampel untuk penawar HIV. Pokok bintangor spesies calophyllum leanigerum merupakan estrak penting dalam menghasilkan penawar HIV. Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor.

Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

2.Tema & persoalan

Tema
-Kepentingan menjaga alam sekitar
*Pak Tua sangat mencintai alam sekitar sehingga dia sanggup membeli bukit yang penuh dengan hutan belantara (Bukit Bintangor).Dia melarang keras sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok di situ,Dia juga menangis apabila pokok bintangor di bakar oleh  Seman dan Kasa.

Persoalan
1.Kebaikan pokok.Contohnya Pak Tua yang memarahi Zahiran ketika ingin menebang pokok cempaka putih kerana pokok tersebut banyak khasiatnya.
2.Mencintai alam sekitar.Contohnya Pak Tua sanggup membeli bukit yang dipenuhi hutan belantara.
3.Kesedaran terhadap alam sekitar.Contohnya,cikgu Idham yang menjalankan projek sekolah lestari mesra alam.

Plot

Permulaan
-Kehadiran Pak Tua di Alor Ramabi telah menimbulkan pelbagai prasangka penduduk kampung tersebut terhadapnya.Keputusan Pak Tua membeli bukit Bintangor menyebabkan penduduk kampung menganggapnya gila.

Perkembangan
-Cikgu Idham mencetuskan idea untuk mengadakan projek sekolah lestari..Zahiran dan rakan-rakannya ditugaskan untuk mencari burung dan ikan serta pelbagai jenis pokok.Secara tidak langsung Zahiran dan rakan-rakannya megenali Pak Tua dengan lebih dekat.Mereka mendapati Pak Tua bukanlah seperti yang dianggap oleh orang kampung.

Puncak
-Peristiwa Hamzah diserang sakit kuning berpunca daripada gigitan nyamuk telah merubah persepsi masyarakat .Penduduk kampung mendengar saranan Pak Tua supaya Hamzah di bawa ke hospital & gotong royong membersihkan kawasan rumah Hamzah.Penduduk kampung mula menerima Pak Tua.


Oke ni dulu setakat ni..cause aku baru belajar sampai sini..kalau ada slah tue rajin2 lah bagi tau..hehe!!!
Tunggu sambung di Part 2 nanti
p/s:kalo rajin lah!!!
Lestari Bukit Menghijau

so selamat berhibur dan beramal!!why we should buy the golden disc not the purple disc..??haha~
selamat tinggal......

4 comments:

  1. heyy! Trima Kasih So Much Auu! Mmg Perlukan Ni Sesangat! Omg! Tyyyyyyyyy!!!!!!! xx. -nina-

    Btw, Lau Ade Fb. Add La Ek. Hehe. =)
    Thanksssss So Much!

    ReplyDelete
  2. oh..sama2!!!dah approve dah..sorry lambat..hehe

    ReplyDelete
  3. Ahhhh dah puas cari plot novel ni ada jumpa jugak akhirnyaa. Semoga Allah sentiasa merahmati saudara atas ilmu yang disampai kan :)

    ReplyDelete
  4. bestnya! wow marvellous

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Awak2 komen jangan tak komen.