Kanak-kanak merupakan aset negara kerana mereka ialah penyambung sesebuah generasi itu dan akan menjadi pemimipin masa akan datang.Dari segi sains kanak-kanak tercipta apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Sel kecil ini akan terbahagi berulang kali sehingga pada minggu yang ke 38, ia berubah menjadi manusia yang mempunyai lebih dari 2 trilion sel.Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya. Sperma dan ovum yang bersatu ini dipanggil ZYGOTE. Zygote mempunyai 46 chromosom. Dua puluh tiga dari isteri dan 23 lagi dari suaminya. Kromosom in mengandungi beribu-ribu bahan genetik .
Dalam agama Islam ,kanak-kanak mempunyai hak untuk diberi makan, diberikan pakaian, dan dilindung sehingga mereka mencapai kedewasaan.Hak untuk menikmati kasih sayang dari ibu bapa mereka. hak untuk dilayan sama rata, seperti hadis Rasulullah :Nabi Muhammad telah dilaporkan bersabda: "Jadilah adil dalam segi hadiah yang kamu berikan kepada anak kamu. Jika aku diberikan gemaran pada sesiapa (satu jantina ke atas yang lain) aku akan menggemarkan wanita ke atas lelaki (dari segi memberikan hadiah)."
Tetapi era globalisasi ini,sering kita dengar,lihat,dipertontonkan dengan kes-kes penderaan yang mengundang kemarahan bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi seantero dunia.Walaupun pelbagai akta-akta telah diwujudkan untuk menentang serta menghapuskan penderaan kanak-kanak.
Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.
Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-
Asas Undang-Undang Perlindungan Terhadap Kanak-Kanak Di Peringkat Antarabangsa
Kewujudan undang-undang yang memperuntukkan perlindungan terhadap kanak-kanak bukanlah satu perkara yang baru. Sejarah menunjukkan bahawa beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan England telah mempunyai undang-undang dan perkhidmatan kebajikan kanak-kanak bagi melindungi kanak-kanak yang didera atau diabaikan seawal abad ke 17 dan 18. Kebangkitan sentimen mengenai isu kanak-kanak yang didera telah memuncak kembali pada awal tahun 1960an berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan oleh Dr Henry Kempe iaitu seorang pakar kanak-kanak di Amerika Syarikat.Sejak dari itu, kesedaran dan usaha untuk menangani masalah mengenai kanak-kanak telah diperhebatkan.
Menyedari hakikat bahawa masa depan kanak-kanak semakin terancam, sama ada oleh perbuatan individu atau perbuatan mereka sendiri atau kegagalan pihak kerajaan mengambil langkah positif ke arah memastikan kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak, maka satu inisiatif positif telah digerakkan oleh masyarakat antarabangsa untuk meletakkan kepentingan kanak-kanak di landasan yang sepatutnya. Inisiatif ini boleh dilihat di dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang telah diratifikasikan oleh hampir semua negara di dunia ini.Malaysia merupakan antara negara yang telah menandatangani dan meratifikasikan Konvensyen Hak Kanak-Kanak. Antara perkara penting di dalam Konvensyen ini ialah pengiktirafan terhadap hak kanak-kanak ke atas beberapa perkara asas iaitu hak untuk hidup, hak kepada pembangunan, hak untuk dilindungi daripada pengaruh yang merosakkan, penderaan dan eksploitasi dan akhir sekali hak untuk bersama dengan keluarga, kebudayaan dan kehidupan sosial.
Artikel 5
States Parties shall respect the responsibilities, rights and duties of parents or, where applicable, the members of the extended family or community as provided for by local custom, legal guardians or other persons legally responsible for the child, to provide, in a manner consistent with the evolving capacities of the child, appropriate direction and guidance in the exercise by the child of the rights recognized in the present Convention.
Artikel 19
1. States Parties shall take all appropriate legislative, administrative, social and educational measures to protect the child from all forms of physical or mental violence, injury or abuse, neglect or negligent treatment, maltreatment or exploitation, including sexual abuse, while in the care of parent(s), legal guardian(s) or any other person who has the care of the child.
Jika kita merujuk kepada artikel 5, adalah dipersetujui bahawa ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas dan tanggungjawab di dalam pemeliharaan kanak-kanak dan ini harus dihormati oleh kerajaan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Konvensyen ini melalui artikel 19 menekankan pentingnya kerajaan sesebuah negara untuk mengambil langkah-langkah perlu sama ada dalam bentuk perundangan, pentadbiran, langkah sosial serta ekonomi untuk melindungi kanak-kanak itu daripada penderaan oleh ibu bapa atau penjaga mereka.
Asas Undang-Undang Perlindungan Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia
Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia juga boleh dilihat seawal tahun 1947 dengan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak pada 1991. Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap kanak-kanak dan juga mengakui bahawa perlunya pembaharuan di dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan iaitu Akta Kanak-Kanak 2001 (selepas ini akan disebut Akta 611) dan telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002.Tajuk panjang Akta 611 berbunyi:
Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Akta 611 merupakan satu Akta yang merangkumi pelbagai isu penting mengenai kanak-kanak. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapaatau penjagadalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.
Pemeliharaan dan Penjagaan Yang Sepatutnya Oleh Ibu bapa atau Penjaga
Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mendapati mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya memerlukan pemeliharaan dan perlindungan, maka mahkamah antara lain boleh memerintahkan supaya ibu bapa atau penjaganya menyempurnakan bon untuk menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Peruntukan mengenai penyempurnaan bon ini adalah untuk memastikan kanak-kanak berkenaan bebas daripada sebarang bentuk penderaan. Ia juga merangkumi keadaan di mana terdapat pengabaian atau pertelingkahan antara kanak-kanak itu dengan ibu bapa atau penjaganya. Selain itu, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak juga boleh membuat perintah supaya kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan itu diletakkan di bawah jagaan seseorang yang layak atau sesuai, atau membuat perintah supaya kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaan seorang Pelindung atau orang lain yang dilantik oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, atau membuat perintah meletakkan kanak-kanak berkenaan di tempat selamat,atau bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa, mencari ibu bapa peliharaan yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak itu.
Apabila Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membuat perintah seperti yang dinyatakan di atas, beberapa arahan atau syarat sampingan boleh dibuat oleh mahkamah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak itu. Antara arahan atau syarat berkenaan adalah:
a) bahawa ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu yang ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
b) jika kanak-kanak itu diletakkan di suatu tempat selamat, bahawa ibu bapa atau penjaganya hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak; atau
c) jika kanak-kanak itu berada di sesuatu institusi pendidikan, bahawa ibu bapa atau penjaganya hendaklah berunding dengan guru atau guru besar atau pengetua kanak-kanak itu sebulan sekali.
Kesimpulan yang dapat dibuat apabila perintah-perintah seperti di atas dikenakan teratas ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu adalah supaya orang-orang yang sepatutnya rapat dengan kanak-kanak itu tidak menjauhkan diri dari kanak-kanak apabila kanak-kanak tersebut dihantar ke tempat-tempat tertentu. Kehadiran ibu bapa atau penjaga boleh menjadi perangsang kepada kanak-kanak itu untuk meneruskan kehidupan mereka kerana kehadiran ibu bapa atau penjaga itu menunjukkan bahawa mereka masih dihargai. Dalam kes Public Prosecutor v Nazarudin bin Ahmad & Ors,tertuduh ketiga telah membuat permohonan kepada mahkamah untuk ditempatkan di Penjara Taiping dan bukannya Penjara Kajang. Menurut Yang Arif Hakim, sungguhpun mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penjara manakah seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan akan ditempatkan, tetapi mengambil kira faktor bahawa umur tertuduh yang masih muda dan ahli keluarganya berada di Taiping, maka dicadangkan supaya dia di hantar ke Penjara Taiping. Menurut Yang Arif Hakim:
Visitation and constant contact by the family are crucial for a person of such young age serving a prison sentence. A term of imprisonment in such a situation without constant family contacts may have the adverse social problem of making a person of such youth and immaturity become a hard core criminal.
Sungguhpun kes di atas melibatkan pesalah muda yang dijatuhkan hukuman penjara tetapi mahkamah masih berpendapat lawatan dan pertemuan yang berterusan oleh ahli keluarga adalah sangat perlu kepada pesalah muda yang sedang menjalani hukuman penjara. Dari segi analogi, perkara yang sama juga diperlukan apabila seseorang kanak-kanak itu dihantar ke Sekolah Henry Gurney atau Pusat Pemulihan iaitu lawatan dan perhubungan yang berterusan dengan ahli keluarga. Menurut Profesor Chiam Heng Keng:
The importance of imparting to children the message that adults care and desire to be of assistance will go a long way in reducing incidence of juvenile delinquency. Underlying every individual is the need to be loved, accepted and to belong. This need is so strong that if it is not possible to have this need be fulfilled in acceptable ways, the individual will seek its gratification by hook or by crook.
Our reaction to the juvenile delinquents should not be one of accusation. Instead, we should look for ways to restore them.
Pengenaan tanggungjawab undang-undang ini ke atas ibu bapa atau penjaga sebenarnya adalah untuk mengelak kanak-kanak ini kembali melakukan perbuatan jenayah apabila mereka dibebaskan kelak. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Profesor Abdul Hadi Zakaria, perlakuan kanak-kanak boleh diperbaiki dengan meningkatkan hubungan mereka dengan ahli keluarga yang lain. Ini adalah perlu kerana apabila kanak-kanak yang ditahan dibebaskan kelak mereka mungkin mengalami masalah untuk menyesuaikan diri mereka kecuali masyarakat dapat menerima mereka. Berdasarkan kajian yang dijalankan di pusat akhlak, hanya 35.7 peratus sahaja gadis yang berada di pusat akhlak dilawati oleh keluarga mereka setiap bulan.Manakala 14.3 peratus yang lain dilawati sekali dalam dua hingga tiga bulan, 14.3 peratus berikutnya menerima lawatan sekali bagi setiap lima hingga lapan bulan manakala yang lain langsung tidak dilawati sepanjang tempoh mereka berada di pusat akhlak berkenaan.
Di samping itu, terdapat beberapa kategori pelatih yang tidak dibenarkan menerima pelawat. Walau bagaimanapun, perhubungan dengan ahli keluarga atau kawan masih boleh dibuat melalui surat. Berdasarkan kajian yang dijalankan, hanya 14.3 peratus pelatih menerima sekurang-kurangnya sepucuk surat pada setiap bulan. Manakala 48.9 peratus pelatih langsung tidak pernah menerima surat sepanjang mereka berada di pusat akhlak. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, ada pelatih menyatakan bahawa ahli keluarga telah "membuang" mereka ataupun ahli keluarga berasa bahawa tanggungjawab mereka telah beralih kepada kerajaan apabila kanak-kanak berkenaan ditahan di pusat akhlak.Tanggapan seumpama ini adalah salah dan harus dikikis oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu. Tanggungjawab terhadap kanak-kanak berkenaan masih tidak berubah iaitu terletak di bahu ibu bapa atau penjaga. Peranan kerajaan atau agensi-agensi yang berkenaan adalah untuk membantu memulihkan kanak-kanak yang bermasalah dan ibu bapa atau penjaga perlu menyuntik sesuatu yang sangat penting iaitu kasih sayang dan perhatian keluarga. Apabila gandingan antara agensi-agensi kerajaan dan ibu bapa atau penjaga ini berjalan dengan lancar, maka hasilnya sudah pasti akan lebih memuaskan daripada membiarkan kanak-kanak ini tanpa kasih sayang yang sewajarnya dari ahli keluarga.
Memandangkan bahawa tugas ini merupakan tanggungjawab undang-undang maka kegagalan mana-mana ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu untuk mematuhi arahan atau syarat yang telah dikenakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000.00 jika di- dapati bersalah.
Tanggungjawab Untuk Tidak Menganiaya, Mengabai, Membuang atau Mendedahkan Kanak-kanak
Penderaan terhadap kanak-kanak sama ada dari segi fizikal, emosi atau seksual bukanlah satu perkara yang baru di negara ini. Ada kanak-kanak yang dirogol oleh bapa kandung, bapa tiri, datuk, abang dan sebagainya. Ada kanak-kanak yang didera dengan pelbagai cara yang tidak pernah terfikir oleh manusia normal - penderaan ini boleh dilakukan oleh seorang ibu bapa atau penjaga ke atas anak-anak mereka.Lantaran itu, seksyen 31(1) Akta 611 memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana orang yang mempunyai tugas pemeliharaan seorang kanak-kanak, menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu atau menyebabkan atau membenarkan kanak-kanak itu dianiaya, diabai, dibuang atau didedah hingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi atau seksual, maka orang berkenaan telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 31 Akta 611. Akta 611 juga telah memperuntukkan bahawa ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu dianggap mengabaikan kanak-kanak itu jika tidak menyediakan kepada kanak-kanak berkenaan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian, penginapan atau pemeliharaan yang mencukupi sekiranya beliau berupaya mempersediakan perkara-perkara di atas. Jika seseorang itu didapati bersalah di bawah seksyen 31 Akta 611, maka hukuman yang berat boleh dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. Selain itu, mahkamah juga boleh memerintahkan orang berkenaan menyempurnakan bon kelakuan baik.
Kanak-Kanak Digunakan Sebagai Pengemis dan Lain-lain
Penggunaan kanak-kanak sebagai pengemis bukanlah satu fenomena yang baru kerana di banyak tempat, terutamanya di kawasan bandar, kanak-kanak digunakan untuk mengemis atau menjaja. Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran di mana kanak-kanak digunakan untuk menjaja di tepi-tepi jalan tanpa menghiraukan bahaya yang datang. Terdapat keadaan di mana kanak-kanak telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi memungut derma atas pelbagai tujuan. Menyedari hakikat bahawa perlakuan ini adalah sangat berbahaya kepada keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak maka satu peruntukan yang khusus telah dimasukkan di dalam Akta 611. Seksyen 32 Akta 611 memperuntukkan bahawa mana-mana orang termasuk ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-kanak itu mengemis atau meminta sedekah dengan cara menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa untuk jualan atau menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang seperti loteri haram, perjudian atau lain-lain aktiviti yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
*pemandangan macam ini sangat sinonim dekat malaysia ini...
kadang2 ada yang menjual ubat2 ..sedangkan pada umur seperti ini sepatutunye bersekolah...
adakah akta kanak-kanak tidak berkesan untuk mengurangkan perkara ini
Tetapi semua ini terletak pada tangan sesebuah masyarakat itu sendiri.Jika semua bersatu padu mungkin usaha murni dan impian dunia akan tercapai..Tetapi bila???
kadang2 ada yang menjual ubat2 ..sedangkan pada umur seperti ini sepatutunye bersekolah...
adakah akta kanak-kanak tidak berkesan untuk mengurangkan perkara ini
Tetapi semua ini terletak pada tangan sesebuah masyarakat itu sendiri.Jika semua bersatu padu mungkin usaha murni dan impian dunia akan tercapai..Tetapi bila???
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Awak2 komen jangan tak komen.